myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Thursday, August 12, 2010

UUMotivasi : DIRI



Apabila kita berdiskusi tentang motivasi diri, pasti tiada noktahnya. Banyak perkara yang perlu dibincangkan untuk menjelaskan bagaimana sesungguhnya peranan motivasi diri dalam kehidupan seharian kita. Terdapat contoh dalam kehidupan ini bagaimana seorang yang biasa boleh menjadi luar biasa kerana motivasi. Terdapat juga orang yang melakukan sesuatu perbuatan itu juga salah satunya kerana motivasi.
Motivasi diri adalah suatu dorongan yang datang dari dalam mahupun dari luar diri kita sendiri, untuk menjadi manusia yang lebih baik dan dapat mencapai tujuan yang diimpikan.
Motivasi diri perlu untuk kita bangun supaya ketika kita menghadapi kesulitan, sudah jatuh ditimpa tangga, namun kita perlu tahu apa yang harus dilakukan. Masih wujud tenaga dan semangat dalam luar biasa yang boleh digunakan untuk bangkit, terus maju dan berusaha mencapai yang diinginkan. Bayangkan apa akan terjadi jika hanya menghadapi masalah kecil yang sebenarnya boleh diselesaikan tetapi kita terlalu fokus terhadap masalah sehingga masalah kecil tersebut tampak begitu besar dan tak dapat diselesaikan.
Bagaimana cara memotivasikan diri sendiri???
Terdapat banyak cara untuk memotivasi diri sendiri, namun harus diketahui cara seseorang dengan yang lain berbeza. Ada orang yang termotivasi ketika dia mengalami ketakutan yang ada dalam dirinya, sehinga ia harus mengatasi ketakutan tersebut dengan melakukan sesuatu perbuatan. Terdapat juga orang yang termotivasi ketika dia berada atau di bawah pimpinannya. Sikap kepimpinannya menjadi teladan yang harus dicontoh dalam kehidupannya.
Pentingkah motivasi diri?
Hmm…tentulah sangat penting. Boleh dilihat bahawa ramai orang yang mahu membayar harga untuk sebuah tiket seminar bernilai ratusan malah ribuan ringgit hanya semata-mata untuk dua- tiga jam mendengar pakar motivasi berbicara. Ini merupakan salah satu bukti bahawa motivasi itu begitu penting dalam hidup.
Adakah anda sudah ada bayangan bagaimana memotivasi diri sendiri, dan apa yang harus anda lakukan saat ini dan pada masa akan datang. Saya akan kongsikan tips sederhana bagaimana cara saya memotivasi diri sendiri.
1. Bergaulan dengan orang-orang yang baik. Berteman dengan penjual minyak wangi maka akan terbawa harum juga. Begitulah gambaran jika bergaul dengan orang-orang positif.
2. Rajinlah membaca buku yang memotivasi. Ini yang sering saya lakukan ketika saya sedang sedih, kecewa, patah semangat dan dalam keadaan teruk. Membaca buku positif dapat mengalahkan tenaga negatif yang sempat menghinggap pada diri saya.
3. Motivasi diri anda dengan kata-kata anda. Bahasa lainnya adalah afirmasi. Afirmasi adalah kata-kata positif yang kita ucapkan dengan sedar dan penuh semangat sehingga memberi dampak positif terhadap alam bawah sedar. Misalnya: “Saya harus sukses, kalau saya belum sukses maka saya harus telus belajar”. Boleh juga “Hari ini saya akan membuat orang lain tersenyum kerana saya” atau “ saya akan bekerja keras dan terus belajar untuk mencapai cita-cita”

4. Fokus pada impian anda. Jika anda ingin menjadi pembisnes internet maka belajarlah dengan orang yang mengerti bisnes internet dan lakukan sesuatu.
5. Mulai buat matlamat sederhana. Mulai buat rancangan program keberhasilan yang ingin anda capai. Mulailah dari yang sederhana. Membuat website merupakan salah satu matlamat saya yang sudah tercapai saat ini.
6. Berusaha mewujudkan cita-cita anda. Lakukan matlamat yang anda buat. Belum berhasil setelah melakukan jauh lebih baik daripada tidak berhasil kerana tidak mengambil sebarang tindakan.

7. Terus berusaha dan berdoa. Selain langkah-langkah diatas, saya juga melakukan dengan berdoa. Meskipun doa saya belum dikabulkan, tetapi saya yakin Tuhan tidak akan menolak namun menunda doa saya (doa yang baik tentunya).
Setelah menulis tips berkaitan motivasi diri, tiba-tiba melayang sesuatu perkara yang menerjah ke dalam fikiran saya. Saya jadi teringat pada masalah gejala social yang semakin berleluasa dalam kalangan remaja masa kini terutamanya golongan pelajar yang baru menginjak kealam keremajaan. Dara muda yang masih panas mudah melakukan sesuatu tanpa memikirkan kesannya kepa diri, keluarga, masyarakat dan Negara. Jadi, saya ingin berkongsi tips mengenai cara memotivasi diri dalam berhenti merokok. Semoga apa yang dikongsi dapat mengurangkan masalah penagihan rokok. Antara tips-tipsnya ialah:

1. Kurangkan jumlah batang rokok yang dihisap per hari. Memang tidak mudah, yang boleh dilakukan dengan segera. Namun ingatkan diri anda bahawa bagaimanapun juga tubuh anda akan terkondisikan oleh nikotin yang mengandungi racun rokok ke dalam tubuh anda. Maka mulalah mengurangi jumlah rokok yang anda hisap. Misalnya sehari menghabiskan 25 batang, kurangkan 20 dan pertahankan sampai satu minggu atau lebih. Minggu kedua kurangkan jadi 15 batang dan seterusnya.

Secara tidak langsung dengan cara itu anda boleh mengurangi kadar nikotin yakni dengan mengurangi perbatangnya tiap hari. Dengan kadar tar dan nikotin rendah maka kebergantungan akan beransur rendah.

2. Giat berolahraga berguna untuk menstabilkan metabolisme tubuh yang pastinya sudah berubah ketika dalam keadaan transisi dari perokok dan berkurang. Luangkan waktu 30 menit untuk bersenam disekitar rumah secara rutin. Boleh jadi jika bosan olahraga lain lakukanlah dengan ikut fitness dan hobi olahraga yang lain.

3. Kurangkan tidur larut malam, kerana orang dewasa sulit untuk tidur terlalu lewat. Kebiasaan jika tidur terlalu larut malam maka keinginan anda untuk merokok makin bertambah. Kadang kala kerana ingin mengusir rasa ngantuk maka merokok dianggap efektif menghilangkan rasa mengantuk itu.

4. Jika anda benar-benar bertekad untuk berhenti dari ketagihan rokok maka bertemanlah dengan sahabat anda yang pernah merokok namun boleh berhenti dari ketagihan rokoknya. Khabar baik itu sebaiknya anda umumkan kepada teman-teman atau keluarga bahawa anda ingin berhenti merokok. Sehingga teman anda boleh membantu memberikan saranan-saranan penting bagi anda dalam proses berhenti merokok.

5. Hindarkan sesuatu yang berkaitan dengan rokok baik dari barang-barang mahupun kebiasaan yang membuat anda merokok. Cubalah bersihkan rumah dari barang-barang berkaitan rokok seperti bungkus rokok dan punting rokok. Kerana bau rokok akan merangsang anda untuk tergiur merokok kembali. Termasuk singkirkan kebiasaan anda ditempat-tempat yang membuat anda ingin merokok. misalkan merokok dalam cafe atau restoran, maka alihkan perhatian itu pada tempat-tempat yang tak memungkinkan anda merokok pergi ke perpustakaan atau yang lain. Hal ini boleh menekankan kebiasaan merokok kerana situasi dan keadaan.

6. Mengingatkan selalu akan tekad awal anda untuk berhenti dari rokok. Ingatkan dengan misalkan motivasi diri anda dengan pengeluaran bajet yang akan anda keluarkan untuk membeli rokok boleh digunakan untuk membeli keperluan yang lain. Motivasi tidak dalam satu bentuk saja namun lebih pada diri dan tekad untuk benar-benar lepas dari ketagihan rokok.

7. Dalam tahap ini memang akan terasa berat namun bersabarlah, khususnya dalam 1 hingga 2 minggu pertama. Kerana biasanya bawaan emosi tinggi itu ada, terkadang hingga ada perselisihan dengan keluarga yang menginginkan anda berhenti merokok.

Dengan tips ini, jika anda konsisten maka keinginan anda akan tercapai untuk berhenti merokok. Walaupun demikian persekitaran hidup masih tetap menjadi faktor mempengaruhi untuk kembali merokok. Untuk itu persekitaran hidup anda harus menyokongnya baik dari teman mahupun keluarga. Di antara ini merupakan peranan teman dan keluarga yang ingin menyokong seseorang yang berhenti dari rokok:

1. Terus ingatkan akan bahaya rokok dan kesan yang harus ditanggungnya ketika dia terus merokok. Biasanya paling berkesan ingatkan pada sakit akibat rokok seperti kanser yang tak boleh sembuh atau pengalaman buruk berkaitan dengan rokok.

2. Berikan banyak pujian dan penghargaan kepada keluarga atau pasangan anda yang berusaha berhenti dari rokok. Misalkan mengucapkan selamat atau ungkapan kekaguman atas perjuangannya atau hadiah-hadiah kecil.

3. Biarkan dia mencurahkan isi hati dan perasaan mereka pada anda. Ketahui bahawa berhenti merokok sama dengan kehilangan sahabat setia. Untuk itu tak ada salahnya anda berusaha menggantikan sebagai sahabatnya tersebut.

4. Ajaklah melakukan kesibukan atau jalan-jalan agar ia melakukan aktiviti fizikal pada waktu-waktu biasanya dia merokok. Tujuannya untuk memperbaiki mood dan mengurangi gejala ketagihan.

Hal tersebut merupakan cara-cara berhenti dari rokok, namun secara keseluruhannya bergantung tekad anda untuk berhenti dari rokok. Namun jika berhasil dan kembali normal, maka manfaatnya akan anda rasakan rumah dan sekeliling anda anda menjadi lebih bersih dan wangi. Keluarga sihat juga akan tercapai, percayalah dia akan sangat berterima kasih kepada anda.


Setelah menghabiskan penulisan saya berkaitan motivasi berhenti merokok, saya jadi teringin meneruskan penulisan saya berkaitan motivasikan diri dalam mengurangkan berat badan. Ramai beranggapan, dengan merokok boleh mengurangkan berat badan atau, dengan mengambil pil-pil pelangsing sebagai makanan seharian, berat badan akan berkurangan. Ya, sudah semestinya anda silap tetapi tidak mengapa. Jangan risau kerana kita akan berkongsi cara-cara yang lebih berkesan dalam memotivasikan diri dalam mengurangkan berat badan. Berikut adalah tips mudah untuk mengurangkan berat badan:
1. JADI REALISTIK! Pastikan matlamat pengurangan berat badan anda realistik. Mulakan dengan matlamat dengan kecil seperti 1kg dalam masa 2minggu.
2. BAJU LAMA! Buka almari dan keluarkan baju lama anda yang cantik tetapi tidak muat lagi. Jadikan ia sebagai azam untuk anda. Jadi, suatu hari nanti anda akan memakainya semula!!!
3. BELI BUKU! Keluar dari rumah dan beli buku atau majalah. Dengan pembelian buku, ia boleh menjadikan pendorong semangat untuk mulakan “kehidupan” yang baru.
BUKU YANG MANA SATU? Pastilah buku “Kurangkan 10kg Dalam Masa 8 Minggu” untuk RM29.90. selain itu, boleh juga didapati secara online di laman web tertentu.
4. JANGAN TERLALU MENGEJUT! Bila menyusun jadual pemakanan ataupun senaman yang baru, jangan terlalu drastik. Buatlah perubahan yang sederhana supaya ia tidak memberikan kejutan kepada diri anda.
5. DAPATKAN INSPIRASI. Dapatkan inspirasi daripada mereka yang telah berjaya mengurangkan berat badan. Tetapi pastikan kajian berkenaan sesuai dengan gaya hidup anda. Contohnya, kisah keluarga atau rakan anda yang berjaya mengurangkan berat badan boleh dijadikan inspirasi tetapi jangan tertipu dengan produk2 komersial and televisyen.
6. GAMBARKAN DIRI. Bayangkan diri anda apabila sudah kurus dan kelihatan mantap …. imaginasi anda perlu menjadi pendorong utama sebagai petunjuk matlamat. Selepas anda bayangkan diri anda yang kurus, simpan imej tersebut di dalam kepala anda dan mulakan transformasi anda.
7. TIDAK TERLALU LAMBAT UNTUK MEMULAKANNYA. Jangan lengahkan masa lagi. Andalah pendorong dan motivator diri anda yang nombor satu!.
8. KAJI SELIDIK! Buatlah research mengenai keburukkan, penyakit dan macam-macam masalah yang boleh dihadapi sekiranya anda tidak mengurangkan berat badan ke tahap normal. Jadika ia sebagai motivasi untuk anda menurunkan berat badan.
9. JANGAN SIMPAN MAKANAN RINGAN DALAM RUMAH! Makanan ringan adalah racun atau kelemahan semua orang. Sebagai langkah permulaan, “buang” segala makanan ringan. Aktiviti membuang makanan ringan pun sebenarnya boleh menjadi simbolik dan motivasikan anda.

Kepada pembaca, harapan saya setelah anda membaca artikel ini, anda akan termotivasi untuk mencari langkah-langkah yang harus dilakukan supaya dapat memotivasi diri sendiri. Setelah anda mendapatkan cara untuk memotivasi diri sendiri, maka berkongsilah dengan orang di sekeliling anda supaya dapat dibaca oleh yang lain. Berkongsi ilmu, semoga boleh menjadi amal ibadah.



disediakan oleh:Nur Fitriyah bt Abu Bakar (199564)

No comments:

Post a Comment