myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Friday, August 13, 2010

UUMotivasi : TEORI

Motivasi ialah satu proses untuk mengggalakkan sesuatu tingkah laku supaya dapat mencapai matlamat yang tertentu.Setiap teori motivasi berusaha untuk menghuraikan gelagat manusia.Para Ahli teori perilaku berpendapat bahawa dalam setiap perilaku manusia mempunyai tujuan yang hendak dicapai.Dengan tujuan tersebut,menjadi tumpuan sinergi dengan para ahli teori motivasi yang berusaha berfikir dan mencari cara agar manusia dapat menyumbang untuk memenuhi kebutuhan dan keinginan organisasi.
Untuk memahami tentang motivasi,kita akan bertemu dengan beberapa teori antara 2 jenis iaitu Teori isi dan Teori Proses.Teori isi terdiri daripada 4 pendukung iaitu Teori Hierarki Keperluan,Teori E-R-G,Teori Tiga Motif Sosial,Teori Dua faktor:manakala Teori terdiri daripada 4 teori pendukung iaitu Teori Keadilan ,Teori Harapan,Teori Penetapan Tujuan,Teori Pengukuhan.





Teori Hierarki Keperluan dikemukakan oleh Abraham H.Maslow yang menyifatkan manusia bekerja dengan dimotivasikan oleh keperluan yang sesuai dengan waktu,keadaan serta pengalamannya.Keperluan individu dapat disusunkan dalam satu hierarki yang terdiri daripada 5 paras yang dikenali sebagai Hierarki Keperluan Maslow.Manusia merupakan makhluk sosial yang berkeinginan,keinginan akan dimulakan dengan dorongan dari paras bawah,setelah kepuasan tersebut tercapai, keperluan yang belum tercapai akan menjadi alat dorongan dan motivasi.Keperluan yang mesti dicapai terdahulu adalah Keperluan Fisiologi iaitu keperluan yang diperlukan untuk kelangsungan hidup seseorang seperti makan,minum,pakaian dan tempat tinggal.Apabila keperluan fisiologi dicapai maka keperluan keselamatan,keamanan dan perlindungan perlu dicapai,iaitu bebas daripada bahaya,terlindung daripada sebarang ancaman.Keperluan ketiga ialah keperluan sosial yang merangkumi hubungan sesama lain dan interaksi.Selepas itu,Keperluan penghargaan iaitu motif utama yang berhubungan dengan penghargaan dan rekognis,penghormatan ,harga diri di mata orang lain.Keperluan yang menduduki hierarki di puncak piramid ialah keperluan penghargaan diri yang bermaksud keperluan untuk memenuhi diri sendiri dengan penggunaan kemampuan maksimum,keterampilan dan potensi.Keperluan-keperluan saling bergantugan,keperluan yang telah dipuaskan akan diganti oleh keperluan selanjutnya.




Clayton Alderfer mengemukakan Teori ERG yang berdasarkan keperluan keberadaan(existence),hubungan(relatedness)dan pertumbuhan(growth).Keperluan keberadaan berhubungan dengan keperluan dengan teori Maslow yang menekankan keperluan fisiologis dan keamanan.Manakala keperluan hubungan mengutamakan kepentingan hubungan antara individu dan bermasyarakat yang meliputi interaksi antara anggota keluarga,sahabat.Keperluan untuk pertumbuhan dan kemajuan dalam keinginan intrinsik dalam diri seseorang untuk maju atau meningkatkan kemajuan dirinya.Alderfer menyatakan bahawa apabila keperluan keberadaan tidak dipenuhkan maka individu itu akan terdorong untuk memenuhi keperluan tersebut.Semakin sulit untuk memuaskan keperluan yang tinggi semakin tinggi keinginan untuk memuaskannya.


Teori Tiga Motif Sosial dikemukakan oleh David McClelland yang berpendapat bahawa karyawan mempunyai cadangan energi berpotensi dan teori bercabang kepada 3 keperluan iaitu keperluan prestasi,kekuasaan dan afiliasi .Bagi keperluan prestasi,masyarakat yang ingin berprestasi tinggi akan mengambil risiko tinggi,berkeinginan untuk mendapat timbal balik tentang hasil kerja.Keperluan akan kekuasaan berhubungan dengan keperluan untuk mencapai satu posisi kepemimpinan.Karyawan yang memiliki motivasi ini berpengaruh terhadap lingkungannya dan berperanan untuk memimpin.Keperluan untuk berafiliasi atau bersahabat berhasrat untuk berhubungan antara peribadi yang ramah dan mempunyai interaksi sosial yang tinggi.



Teori Dua Faktor iaitu Teori Higiene yang dikemukakan oleh psikologi Frederik Herzberg.Menurut teori ini,motivasi yang ideal dapat merangsangkan usaha adalah peluang untuk melaksanakan tugas yang lebih kepada keahlian dan peluang untuk mengembangkan kemampuan.Teori ini terbahagi kepada faktor motivasi dan faktor higiene.Faktor motivasi adalah hal-hal yang mendorongkan prestasi yang bersifat intrinsik yang bersumber dari diri seseorang dan mencapai kepuasan dalam pencapaian.Faktor termasuk prestasi,pengakuan,tanggungjawab,kemajuan,kemungkinan berkembangan.Faktor Higiene adalah faktor-faktor ekstrinsik yang bererti bersumber dari luar diri yang menentukan perilaku seseorang dalam kehidupan.

Dalam lingkungan Teori Proses,Teori Keadilan yang dikemukakan berdasarkan andaian bahawa orang-orang dimotivasikan oleh keinginan untuk diperlakukan secara adil dalam pekerjaan.Individu bekerja untuk mendapat timbal balik dari organisasi.Teori keadilan menekankan bahawa perbandingan usaha mereka dan hasil yang diterima dari usaha dan hasil yang diterima orang lain dalam persekitaran kerja yang sama.Pendek katanya iaitu layanan yang adil dan saksama.

Teori Harapan yang dikemukakan oleh Victor Vroom yang berargumen bahawa keluaran dari suatu kecenderungan untuk bertindak dengan suatu care tertentu bergantung pada kekuatan dari suatu pengharapan bahawa tindakan itu akan diikuti oleh suatu keluaran tertentu ,dan pada daya tarik dari leluaran bagi individu tersebut.Teori pengharapan menyatakan seorang karyawan dimotivasi untuk menjalankan tingkat upaya yang tinggi apabila mendapai penilaian yang baik dan mendorong ganjaran-ganjaran yang memuaskan tujuan peribadi karyawan.

Teori Penetapan Tujuan Locke menekankan penetapan tujuan yang akan membawa kepada kinerja yang lebih tinggi.Kespesifikan tujuan itu akan bertindak sebagai ransangan internal.Edwin Locke mengemukakan bahawa dalam penetapan tujuan memiliki empat jenis mekanisma motivasi seperti tujuan-tujuan mengarahkan perhatian,tujuan-tujuan mengatur upaya,tujuan -tujuan meningkatkan persistensi dan tujuan -tujuan menujang strategi-strategi dan rencana-rencana kegiatan.Individu yang mempunyai tujuan akan berusaha mencapai tujuan .Tujuan tersebut akan mempengaruhu usaha yang dilakukan dan perilaku individu.



Teori Penguatan berdasarkan 'hukum pengaruh' iaitu hubungan antara sebab dan akibat dari perilaku dengan pemberian kompensasi.Rangsangan yang diperolehi akan menghasilkan suatu konsekuensi yang berpengaruh pada tindakan selanjutnya.Teori ini dikaitkan dengan ahli psikologi B.F Skinner dan teori pengukuhan terbahagi kepada pengukuhan positif dan pengukuhan negatif iaitu perubahan pengukuhan terhadap frekuensi perilaku.Dalam pandangan ini,tingkah laku seseorang terhadap situasi merupakan penyebab dari perspepsi tertentu.

Berdasarkan teori-teori motivasi di atas,motivasi diumpamakan sebagai satu penggerak dari hati seseorang untuk mencapai sesuatu tujuan.Motivasi setiap orang adalah berbeza-beza.Para ahli teori motivasi mempunyai pandangan tersendiri tetapi berkait antara sama lain ,juga terdapat persamaan dalam teori dan model yang dikembangkan seperti pandangan Alderfer dan Maslow terhadap pembahagian keperluan.






Disediakan oleh:Lee Chai Xin(196470)

2 comments: