myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Sunday, August 8, 2010

UUMotivasi : KEPIMPINAN








Apa itu kepimpinan?
Kepimpinan merupakan fungsi pengurusan yang sangat penting setelah pelan dibentuk, struktur perhubungan dalam organisasi diwujudkan, dan pekerja yang boleh direkrutkan. Kepimpinan bukan sahaja dilakukan selepas proses perancangan dan pengorganisasian,proses ini juga penting kepada kejayaan fungsi-fungsi yang berkenaan. Kepimpinan merujuk kepada penggunaan pengaruh untuk memotivasikan pekerja ke arah pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan bermaksud mewujukkan budaya dan nilai yang dikongsi bersama, menyalurkan maklumat mengenai matlamat kepada semua organisasi melalui proses komunikasi, dan menanamkan dalam diri pekerja semangat berusaha kearah tahap prestasi yang tinggi.
Kepimpinan melibatkan proses memotivasikan keseluruhan jabatan, bahagian dan individu yang bekerja rapat dengan seseorang pengurus. Kebolehan untuk membentuk budaya, menyalurkan maklumat dan memotivasikan pekerja adalah kritikal kepada kejayaan perniagaan terutama dalam era ketidakpastian, pengecilan saiz organisasi,persaingan antarabangsa, dan kepelbagaian dalam tenaga pekerja.

Motivasi kepimpinan merupakan satu proses untuk menggerakkan diri seorang pemimpin atau orang lain supaya timbul satu keinginan yang kuat untuk berusaha kearah pencapaian matlamat individu dan organisasi. Terdapat pelbagai persoalan yang akan timbul apabila motivasi kepimpinan di lakukan antara persoalannya ialah 'motivasi perihatin kepada apa yang menggerakkan perlakuan manusia'. Kedua, 'apa yang membawa perlakuan ini ke arah sesuatu matlamat'. Ketiga,'bagaimana perlakuan ini dapat dikekalkan'. Tujuan motivasi kepimpinan ialah untuk membentuk kakitangan berasa seronok menjalankan tugas dan memberi sumbangan sepenuh hati kepada organisasi.Seteruanya kakitangan akan mengeluarkan seluruh potensi yang di miliki supaya tugas terlaksana dengan baik dan barkesan.

Robert J House menekankan bahawa kejayaan seseorang pemimpin bergantung kepada keberkesanan menggunakan kebolehan di samping dapat meningkatkan motivasi dan kepuasan kerja kepada para pekerja. Seorang pemimpin yang bermotivasi mempunyai kuasa yang berunsur kebolehan tersendiri. Antaranya ialah:-


  • Mentaliti - Motivasi kepimpinan membentuk pemimpin yang bijaksana atau berkebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berpandukan pertimbangan ilmu dan pengalaman. Selain itu,motivasi juga mewujudkan pemimpin yang berani dan sanggup menghadapi cabaran yang dihadapi berdasarkan kelemahan dalaman atau luaran seorang kepimpinan itu sendiri. Seterusnya, mempunyai inisiatif sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya untuk bertindak dalam melakukan sesuatu tugas. Kretiviti tersendiri amat penting kerana memudahkan seseorang kepimpinan menyelesaikan masalah yang wujud dalam organisasi.

  • Kemasyarakatan - Kepimpinan motivasi membuatkan seorang pemimpin bersedia menerima teguran serta bersedia mengakui dan membetulkan kesilapan diri. Motivasi juga membentuk pemimpin yang tidak mendahului kepentingan diri dan memandang rendah terhadap kebolehan pekerja. Seterusnya,tidak mempunyai prasangka dan peka terhadap keadaan sekeliling. Di samping itu,motivasi menjadikan pemimpin lebih tekun dan sabar.

  • Moraliti - Merupakan ciri-ciri paling penting yang perlu terdapat pada seorang pemimpin yang bermotivasi untuk menilai seseorang pemimpin itu baik atau buruk,berkesan atau tidak dan boleh bertahan lama atau tidak. Ini bermaksud seorang pemimpin yang baik mempunya disiplin diri yang ungul untuk membentuk organisasi yang kukuh. Kemudian, kebersihan jiwa juga amat penting dalam melaksanakan tugas dengan adil,amanah,ketenangan,kesabaran,keteguhan pendirian dan ketahanan diri. Bagi pemimpin yang beragama islam haruslah mempunyai keimanan yang teguh dengan niat di hati memimpin sesuatu organisasi untuk kebaikan di dunia dan akhirat.

  • Empati - Merupakan kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati ke atas mereka yang dalam kesusahan. Seorang pemimpin perlu sedar akan kelemahan serta kekuatan diri sendiri dan mengetahui tentang bagaimana dirinya dianggap oleh orang lain,dengan itu barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul. Di samping itu, pemimpin mempunyai kebolehan untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota yang lain. Motivasi kepimpinan membolehkan pemimpin memperbaiki kemahiran dan pengalaman secara berterusan. Pemimpin lebih mengharapkan kualiti kerja yang cemerlang dalam kumpulannya serta menjadi lebih bersemangat untuk melaksanakan tugas.

  • Mempraktikkan sikap motivasi dengan mengamalkan perkara yang diketahui,dilihat dan diterima sebagai baik. Seorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari sesiapa sekalipun tentang sesuatu yang tidak di ketahui kerana seorang pemimpin itu boleh terus mempelajari ilmu menerusi latihan dan pengalaman. Seterusnya, pemimpin yang hebat mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasi. Di samping itu, seorang pemimpin perlu bijak membahagikan masa bertugas dan di luar tugas. Ini bertujuan pemimpin itu bertindak bersesuaian dengan keadaan yang di hadapi,hal ini bagi mengelakkan pemimpin itu merasa rusing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
Kesimpulannya, kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain dengan memberi motivasi kepada pekerja bawahan untuk berfikir,merasa, dan bertindak dengan cara-cara tertentu. Keadaan ini menunjukkan pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang bekerja dengannya serta menitikberat pencapaiaan matlamat kumpulan melalui motivasi. Seorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya melalui penglibatan dalam kumpulan yang kerap untuk berinteraksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinan. Akhir sekali, pemimpin yang hebat ialah pemimpin yang bijak mengawal sesuatu organisasi dengan baik serta memotivasikan pekerja bawahan untuk bersama-sama melakukan tugas dengan semangat.






Disediakan oleh: Nur Faizah Bt Abd Hamid(206044)












No comments:

Post a Comment