myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Thursday, August 5, 2010

UUMotivasi : CINTA


Cinta merupakan satu perasaan yang sukar digambarkan melalui kata - kata .Ia akan dapat dinikmati apabila seseorang itu mengalami perasaan cinta itu sendiri.Cinta menjadi jambatan penghubung kepada dua hati yang asalnya terpisah dan saling tidak mengerti serta disebabkan cinta dan kasih sayang manusia membina sahsiah di muka bumi.Cinta merupakan satu perasaan yang lahir dari hati yang dianugerahi Maha Pencipta.Setiap manusia akan merasai cinta tetapi berbeza mengikut perspektif masing- masing.Cinta yang murni sentiasa mampu membawa manusia melepasi semua halangan demi kecermerlangan .Cinta terbahagi kepada beberapa bentuk .Antara bentuk cinta yang akan dibincangkan ialah :
1:Cinta kepada ALLAH .
2:Cinta kepada ibu bapa.
3:Cinta kepada sesama manusia.
ketiadaan cinta dihati anda bakal mengubah seluruh kehidupan hayat.

Salah satu motivasi dalam cinta ialah dapat disoroti melalui cinta kita kepada Allah.Apa sebenarnya yang menjadi motivasi cinta kepada Allah?Cinta yang dimaksudkan adalah menjadikan Allah dan segala perintahnya sebagai modal utama dalam aspek kehidupan .Kita sebagai khalifah dimuka bumi ini diberi pilihan untuk mengatur hidup sendiri mengikut syariat islam.Cinta mengikut islam adalah kerana Allah semata-mata,bukannya kerana nafsu yang selalu tidak cukup dan ingin lebih daripada orang lain.Kita mengenal keindahan dan keagungan ,kerohanian melalui keupayaan pandangan yang terdapat dalam hati.Justeru itu,individu yang terpengaruh dengan kehendak jasmaniah dan keduniaan tidak dapat mengerti apa yang dimaksudkan oleh Nabi apabila baginda berkata bahawa baginda cinta kepada sembahyang melebihi daripada cintanya kepada perempuan dan bau harum wangi-wangian.Sesiapa yang mata batinnya terbuka dalam melihat keindahan dan kesempurnaan Ilahi sudah pasti akan memandang rendah terhadap semua perkara yang zahir walaupun yang zahir itu cantik.

Apabila kita menggunakan prinsip ini terhadap cinta kepada Allah maka kita akan dapati bahawa hanya DIA sahaja yang harus kita cintai.Hal ini kerana ,apa sahaja yang kita jatuh cinta kepada seseorang itu bermakna apa yang kita cintai itu adalah bayangan Allah.Terdapat beberapa sebab yang menambahkan cinta kepada Allah .

1:Menghayati segala kebesaran dan keagungan Allah menimbulkan perasaan cinta yang mendalam terhadap Pencipta .
2:Lumrah manusia yang jatuh cinta kepada orang yang memberi pertolongan kepada dirinya.
Perkara yang paling jelas adalah segala bentuk pertolongan yang diperolehi oleh semua makhluk di muka bumi ini adalah dorongan dari Allah .
Allah merupakan pendorong kepada seseorang untuk melakukan kebaikan.
3:Seseorang itu mempunyai perasaan cinta kepada diri sendiri dan berusaha untuk memperbaiki keadaannya sendiri .Hal ini jelas membawa kita menuju ke arah cinta kepada Allah.

Motivasi dalam cinta yang seterusnya ialah motivasi cinta kerpada ibu bapa.Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup kita.Melalui merekalah kita dapat mengenali dunia ini .Setiap anak harus menghormati,menyayangi,dan berbakti kepada kedua-dua ibu bapa.Hal ini kerana jasa mereka terlalu besar dalam membesarkan dan mendidik anak- anak untuk menjadi insan yang berguna kepada agama ,bangsa dan negara.Ibu bapa tidak mengharapkan apa- apa balasan daripada anak.Cuba kita renungkan tentang kedua -dua ibu bapa yang hidup dalam serba kekurangan tetapi masih mampu menjaga dan membesarkan sepuluh orang anak tanpa mengeluh walaupun sedikit.Sebaliknya anak-anak pula tidak pasti sama ada mampu menjaga orang tua mereka .Hal ini dapat dibuktikan dengan apa yang berlaku pada zaman sekarang,ramai anak yang menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang tua kerana pada mereka ,ibu bapa hanya akan menyusahkan mereka .Oleh sebab itu,sebagai anak yang baik kita harus berubah dengan menunjukkan cinta dan kasih sayang kepada ibu bapa .Ini kerana apabila mereka sudah tiada, penyesalan sudah tidak berguna lagi.Syurga di bawah telapak kaki ibu.


Terdapat beberapa langkah di mana kita boleh menunjukkan rasa cinta kita kepada ibu bapa .Antaranya ialah memberitahu mereka rasa cinta dan kasih,rasa hormat seta terhutang budi kita terhadap segala pengorbanan yang dicurahkan oleh mereka .Dengan itu ,ibu bapa akan berasa gembira apabila mengetahui diri mereka dihargai.Selain itu,hendaklah selalu mendoakan kesejahteraan ,keselamatan dan keampunan untuk ibu bapa .Sebagai anak yang bertanggung jawab ,kita dapat memotivasikan cinta kita kepada ibu bapa melalui cara ini.Anak-anak juga boleh mengadaptasi rasa cinta kepada ibu bapa dengan cara mencium tangan mereka setiap kali hendak keluar dari rumah selain memberi hadiah kepada ibu bapa .


Selain itu ,cinta kepada sesama makluk terutama kepada sesama manusia .Cinta yang suci dan murni menyumbang kepada kejayaan sesuatu perhubungan .Apabila sebut cinta kita terbayangkan kasih seseorang lelaki kepada seorang wanita dan sebaliknya.Tetapi adakah setiap cinta itu akan mengecapi kebahagiaan sehingga ke jinjang pelamin seperti diidamkan oleh manusia.Dunia hari ini manusia terlalu obsesi dengan cinta sehinggakan mereka berpendapat demi cinta mereka rela berbuat apa sahaja.Motivasi cinta terlalu kuat. Terdapat beberapa kes ,yang berkisar kepada kisah cinta sang kekasih di mana seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk bunuh diri.Bukti yang paling jelas apabila saling berkumandang lagu-lagu mengenai cinta yang mengatakan apa - apapun akan dilakukan demi cinta.


Sebenarnya dalam perkara seperti ini,setiap pasangan kekasih turut memerlukan motivasi yang tepat dalam cinta. Motivasi ini perlu bagi memastikan individu yang terlibat dalam percintaan tidak lari dari konsep cinta itu sendiri. Sekiranya motivasi cinta ini diterap dalam diri,individu terbabit maka perasaan kecewa, dendam, iri hati dan marah tidak akan timbul dan mengganggu perhubungan cinta itu sendiri. Di sini disertakan beberapa tips yang perlu ada pada pasangan bercinta.

1)Sayangi dengan hati bukannya perasaan-Dalam sesuatu perhubungan di mana ia berdasarkan hati kita akan menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati sudah pasti hubungan itu akan berkekalan. Jika berdasarkan perasaan, perhubungan tersebut pasti tidak akan bertahan lama dan goyah memandangkan perasaan kita sentiasa berubah mengikut masa dan situasi. Sebaliknya, melalui hati akan wujudnya sayang yang kekal abadi dalam diri pasangan tersebut.

2)Jangan berprasangka-Sesetengah kekasih dinasihati agar tidak terlalu meletakkan syakwasangka terhadap pasangan mereka.Jika kita merasa ragu-ragu terhadap kekasih,kita hendaklah memberi peluang kepadanya untuk memberi penjelasan dan meletakkan kepercayaan kepadanya.Jika masih merasa ragu-ragu, kita perlu menyelidik perkara itu dengan cara paling terpuji dan bayangkan kita yang berada dalam situasinya.Hal ini sekaligus pasti membuatkan si dia lebih menghargai kita.

3)Mencapai persefahaman-Perkara yang paling penting dalam hubungan cinta ialah sikap saling faham memahami antara satu sama lain.Oleh itu,setiap pasangan perlu untuk mencapai persefahaman.Dengan ini, hubungan cinta yang terjalin akan berjalan lancar dan mendatangkan keceriaan dalam hidup.


Kesimpulannya,cinta tidak akan merosakkan individu.Hal ini kerana jika kita menghayati cinta itu dengan cara betul,kita akan dapat menikmati cinta sejati dan hakiki.Ingatlah satu perkara iaitu,cintakan bunga,bunga akan layu,cintakan manusia,manusia akan mati dan cintakan Tuhan,itulah cinta yang HAKIKI.




Disediakan oleh: Rahayu bt Che Rasid(206088)

No comments:

Post a Comment