myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Wednesday, August 4, 2010

UUMotivasi : PERKAHWINAN




Setiap pasangan yang bakal ataupun sudah melayari bahtera perkahwinan sudah pastinya menginginkan sebuah perkhawinan yang membahagiakan dan mampu bertahan hingga akhir hayat. Namun begitu,impian ini bukanlah mudah untuk digapai oleh setiap pasangan. Perkahwinan diibaratkan seperti satu perjalanan. Dalam mengharungi perjalanan tersebut, begitu banyak halangan yang perlu ditempuhi dan diharungi. Kadang kala ramai pasangan yang tewas sebelum sampai ke destinasi yang diidamkan.
Justeru itu,beberapa tip perlu diberi perhatian sebelum mendirikan perkahwinan.Antaranya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita dan sebaliknya. Antara ciri lelaki idaman ialah:

1)Taat kepada Allah dan ajaran Rasul
2)Mahir membaca Al-Quran,hafal surah-surah asas dan doa-doa asas
3)Mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap
4)bersikap optimis-berjuang mencapai kecemerlangan dalam kehidupan
5)Bersifat terbuka,pemaaf dan penyantun
6)Bijak,tenang dan waspada dalam membuat keputusan
7)Jika dia berkahwin,dapat melayan isteri dengan baik



Antara ciri wanita idaman:
1)Taat kepada Allah dan ajaran rasul
2)Kaya dengan sifat keibuan
3)Pandai menjaga kehormatan diri
4) Sopan,menghormati orang lain dan lembut bicaranya
5)Jika dia berkahwin,pandai menjaga hati suami dan harta suami

Hakikatnya,ciri-ciri idaman bagi lelaki dan juga wanita terlalu banyak dan berbeza bagi semua orang.Untuk membentuk satu ikatan perkahwinan yang berkat dan harmoni,seseorang itu digalakkan mengambil kira panduan syara' dan saranan nabi.Dimana bakal suami digalakkan supaya mengutamakan perempuan soleha,serta dapat melahirkan zuriat disamping mempunyai keistimewaan yang lain.Sebagaimana hadis yang telah diriwayatkan kepada Bukhari dan Muslim yang bermaksud:



"Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:kerana hartanya, keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakan lah yang mempunyai agama nescaya kamu akan selamat (riwayat Bukhari dan Muslim).

Setelah setiap pasangan yakin dengan keputusan mereka untuk hidup bersama, persoalan ini juga amat penting untuk dititikberatkan iaitu bajet perkahwinan. "Adakah setiap perkahwinan yang bakal dilangsungkan perlu diadakan besar-besaran?"
Tidak dinafikan perkahwinan adalah satu impian terindah yang hadir dalam hidup,tetapi tidak perlulah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk melangsungkan perkahwinan tersebut.Sebaiknya,sebelum merancang majlis perkahwinan pasangan harus menyediakan bajet yang bersesuian dengan kemampuan kewangan masing-masing. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
1-Berbelanja ikut kemampuan dan elakkan membuat pinjaman peribadi berlebihan
2-Berbincang bersama pasangan bagi mengelakkan pembaziran dan mengekalkan bajet perkahwinan yang telah dipersetujui bersama.
3-Memberi keutamaan kepada perkara yang penting seperti tempat majlis,makanan,khidmat andaman,kerusi meja,cenderahati dan jemputan.
4-Bandingkan pakej perkahwinan yang ada dan pilih pakej yang menawarkan khidmat terbaik dengan harga yang berpatutan.
5-Sentiasa semak perbelanjaan yang telah dibuat bagi memastikan ia tidak melabihi bajet yang telah disediakan.
6-Mencatat setiap perbelajaan dan menyimpan resit sebagai bukti pembayaran bagi mengelakkan keraguan terhadap pembayaran yang telah dilunaskan.
Tip-tip diatas dapat dijadikan satu panduan dan motivasi kepada pasangan agar mereka tidak terlalu taksub dengan majlis yang bakal dilangsungkan hingga menyebabkan pembaziran.Bakal pengantin perlulah berhati-hati merancang bajet perkahwinan agar mereka tidak mengalami masalah kewangan kelak.Bak kata pepatah melayu "ukurlah baju badan sendiri".


Apabila wujud sebuah perkahwinan tidak semesti semuanya menjanjikan kebahagiaan.Ini merupakan satu hakikat yang perlu diingati.Telalu banyak perkara yang akan mengubah tanggapan kita dan kita perlulah banyakkan bersabar. Antaranya:
1-Berkahwin tidak bermaksud anda tidak keseorangan lagi.
2-Berkahwin tidak bermakna anda akan menyintai dan dicintai setiap hari
3-Perkahwinan adalah satu yang menyeronokkan
4-Lazimnya salah seorang akan berkorban
5-Pasangan anda akan berubah mengikut masa
6-Semakin lama berkahwin semakin seronok
7-hubungan seks ada turun naiknya
8-Perasaan ego berlebihan adalah membahayakan.

Oleh yang demikian,setiap pasangan haruslah memainkan peranan masing-masing dengan sebaiknya.Elakkan menyalahi sebelah pihak sahaja.Hal ini kerana,perkahwinan merupakan satu pelajaran baru yang perlu dikuasai oleh kedua-dua pasangan.Dalam proses pembelajaran,kesilapan pasti akan berlaku dan ia akan menjadi peringatan pada masa akan datang.Bak kata pepatah "belajarlah dari kesilapan".


Berikut adalah cara dan amalan yang boleh dilakukan oleh pasangan untuk menjamin sebuah perkahwinanan yang bahagia.
1-Doa yang berterusan
2-Patuh pada ajaran agamaMurah dengan pujian
3-Murah denganbelaian kasih sayang
4-Murah dengan sentuhan
5-Mencari kebaikan pasangan
6-Cari masa untuk berkomunikasi,berbual dan bergurau senda
7-Sedar bahawa kesilapan tidak boleh dielakkan
8-Sanggup berkorban demi pasangan
9-Menghormati perbezaan dalam diri pasangan
10-Sentiasa bermaafan sebelum tidur

Sebenarnya terlalu banyak cara yang boleh dipraktikkan untuk menyemai perasaan cinta dalam diri setiap pasangan.Sedangkan pokok bunga juga perlu dibaja,disiram dan digembur untuk mendapatkan bunga yang cantik.Inikan pula manusia yang begitu sinonim dengan makhluk ciptaan yang begitu kaya dengan perasaan.
Secara rasionalnya,setiap pasangan harus mencari jalan untuk mencipta kebahagiaan dan kemanisan dalam perkahwinan.Tanpa sebuah kesefahaman tidak mungkin dua insan mampu membina sebuah istana dan menemui kebahagiaan didalamnya.Dalam melayari alam perkahwinan,sudah pasti onak dan duri terpaksa diharungi.Hanya pasangan yang kuat,tabah dan sanggup menghadapi segalanya bakal menemui kebahagiaan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang pastinya akan menemukan ketulusan yang abadi. Kebahagian tidak akan datang dengan sendiri dan dengan mudahnya.Justeru itu,carilah kebahagiaan anda,kerana setiap pasangan berhak memperolehinya.














Disediakan oleh: Siti Aishah bt Mat Adam(199573)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Berikut adalah cara dan amalan yang boleh dilakukan oleh pasangan untuk menjamin sebuah perkahwinanan(pPERKAHWINAN) yang bahagia.
    1-Doa yang berterusan, REN HUA

    ReplyDelete