myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Tuesday, August 10, 2010

UUMotivasi : SUKAN

Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikal yang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang. Aktiviti sukan terdapat di mana-mana tempat sahaja. Antara sukan yang terkenal di dunia ialah bola sepak, seni mempertahankan diri, bola keranjang, dan golf. Contoh atlet yang terkenal di seluruh dunia ialah Tiger Wood dan David Beckham. Setiap negara berusaha menggalakkan rakyatnya melibatkan diri dalam bidang sukan kerana mendatangkan pelbagai kebaikan serta terdapat pelbagai faktor dalam motivasi sukan. Walau bagaimanapun, prestasi atau mutu sukan negara masih belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan. Oleh itu, usaha-usaha perlu diambil dalam motivasi sukan.

Antara kepentingan dalam motivasi sukan ialah apabila seseorang pelajar itu bersukan, mereka akan lebih mudah menerima pelajaran. Ini adalah disebabkan apabila mereka bersukan, otak mereka akan menjadi lebih cerdas dan dapat menerima pelajaran mereka dengan baik. Sukan juga dapat membantu meningkatkan pengaliran darah dalam tubuh badan dan menjadikan seseorang itu sihat dan bertenaga. Perkembangan sukan juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk. Kemajuan sukan menyebabkan kewujudan syarikat-syarikat pengeluar barangan sukan seperti kasut, baju, raket, bola, stoking, dan pelbagai produk sukan yang lain. Sukan juga dijadikan alat perpaduan dan perpaduan antarabangsa. Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang berlainan, sukan merupakan salah satu wadahnya. Semangat kerjasama dapat dipupuk dalam kalangan pemain. Pada peringkat antarabangsa, sukan dapat menjalin hubungan diplomatik dan perbezaan ideologi politik.


Antara faktor motivasi sukan adalah kehidupan masyarakat kini yang sibuk mencari rezeki telah menyebabkan ramai orang tidak mempunyai masa untuk bersukan. Lama-kelamaan, mereka akan biasa dengan tabiat hidup yang tidak bersukan. Terdapat juga orang yang menganggap bahawa bersukan adalah satu aktiviti yang membuang masa. Anggapan ini adalah salah kerana sukan mempunyai pelbagai kebaikan. Masyarakat pada masa kini banyak yang makan makanan yang berkolesterol tinggi serta makanan yang berlemak. Semua tabiat hidup di atas adalah buruk dan akan membahayakan kesihatan badan kita. Janganlah apabila sudah dijangkiti penyakit barulah hendak bersukan, bak kata pepatah "sudah terhantuk baru terngadah." Oleh itu, motivasi sukan adalah penting.


Usaha yang telah diambil dalam motivasi sukan ialah penubuhan sekolah sukan. Pelajar-pelajar yang berbakat dalam pelbagai bidang sukan dapat dicungkil dan dikumpulkan untuk diberi latihan yang sistematik. Sekolah sukan mempunyai kemudahan sukan yang canggih dan lengkap. Dengan ini, pelajar dapat menjalani latihan dengan teratur dan terancang yang dapat meningkatkan kecerdasan pelajar. Para pelajar juga dapat dilatih oleh jurulatih yang berwibawa dan berpengalaman luas dalam bidang masing-masing di mana mereka yang pernah menjadi pemain atau atlet di peringkat negeri, negara, atau antarabangsa. Dengan ini, bakat mereka dapat diasah melalui bimbingan duru-guru sukan. Oleh itu, penubuhan sekolah sukan boleh melatih atlet muda yang cemerlang dalam bidang sukan agar menjadi pelapis negara dan seterusnya mengharumkan nama negara di perseda sukan antarabangsa.


Selain itu, usaha yang dilakukan oleh kerajaan dalam motivasi sukan ialah memberi ganjaran yang setimpal kepada atlet yang berjaya mengharumkan negara dalam sesuatu pertandingan di peringkat antarabangsa seperti sukan SEA, Asia, dan Olimpik. Hal ini berlaku demikian kerana ganjaran yang diberikan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan oleh mereka. Dengan ini, sumbangan dalam bentuk kewangan atau pemberian latihan berupaya menyuntik semangat baru serta sebagai dorongan kepada atlet untuk lebih berusaha supaya mencapai kejayaan yang lebih baik. Pemberian insentif ini juga memberi satu harapan kepada golangan muda terutama kanak-kanak untuk mempunyai impian menjadi ahli sukan dan menerima ganjaran itu. Oleh itu, ganjaran atau insentif yang diberikan kepada atlet yang cemerlang perlu diwujudkan untuk dijadikan sebagai tanda penghargaan dan satu bentuk motivasi untuk semua agar lebih giat berusaha.


Usaha lain ialah kerajaan boleh mengambil jurulatih dari luar dalam meningkatkan mutu sukan negara. Pengambilan jurulatih berpengalaman terutama dari negara luar berupaya menyuntik teknik baru kepada latihan ahli sukan kita. Jurulatih asing yang berpengalaman ini mampu melihat kelemahan dan mengatasi kelemahan ahli sukan kita dengan pantas kerana mereka berpengalaman luas. Dalam masa yang sama jurulatih asing ini boleh membuat program untuk melatih jurulatih tempatan atau berkongsi pengalaman dengan mereka untuk merangka satu sistem latihan yang terbaik. Jadi, jurulatih asing boleh membawa perubahan drastik terhadap mutu sukan negara kita di mana dapat mendedahkan para atlet negara kita dengan prosedur dan teknik-teknik terkini untuk menggondolkan kejuaraan di peringkat kebangsaan mahu pun di peringkat antarabangsa yang merupakan satu bentuk motivasi sukan.


Di samping itu, kemudahan sukan perlu ditingkatkan. Prasarana sukan yang lengkap dan canggih dapat membantu atlet lebih berlatih dengan selesa dan efektif. Sebagai contoh, pembinaan kemudahan sukan seperti gelanggang, kolam renang, gimnasium, stadium, dan sebagainya yang tidak disediakan secara menyeluruh di semua kawasan perlu diubahsuaikan supaya masyarakat dapat menggunakan kemudahan tersebut pada bila-bila masa yang dapat motivasi dalam bidang sukan. Oleh itu, pembinaan kemudahan sukan menjamin negara memiliki satu kelompok ahli sukan yang berwibawa di mana merupakan satu motivasi dalam bidang sukan.


Secara keseluruhannya, dapat dikatakan bahawa mutu sukan negara kita masih dapat ditingkatkan sekiranya usaha-usaha tersebut dibuat berterusan. Kerajaan dan masyarakat juga seharusnya berusaha mencari cara dalam motivasi sukan supaya bendera negara kita akan berkibar di kejohanan antarabangsa pada suatu hari kelak bukan sahaja kesihatan masyarakat dijamin. Sehubungan dengan itu, para atlet haruslah meningkatkan disipin diri dan bermotivasi tinggi semasa latihan dijalankan. Jika semua pihak berganding bahu dalam meningkatkan mutu sukan, matlamat motivasi dalam sukan dapat dicapai.



video






Disediakan oleh: Chin Siau Mi (197409)

2 comments:

  1. Sukan menjadi semakin penting pada masa kini. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sukan dapat didenifisikan sebagai aktiviti fizikan (FIZIKAL)yang dilakukan oleh seseorang individu untuk meningkatkan daya ketahanan di samping mencergaskan rohani serta minda seseorang. OLEH REN HUA

    ReplyDelete
  2. Artikel ini banyak membantu saya. Terima kasih. :)

    ReplyDelete