myspace codes
Click here for Myspace glitter graphics and Myspace layouts

Friday, August 6, 2010

UUMotivasi : KEWANGAN






Kebolehan menguruskan wang anda dengan bijak merupakan satu kemahiran yang sangat penting supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan serta berjaya mencapai matlamat kewangan anda.Oleh itu,cara penggunaan wang anda pada hari ini mungkin akan mempengaruhi serta memberi kesan terhadap cara hidup anda pada masa hadapan.Saya tidak mempunyai kemahiran dalam ilmu kewangan serta tidak pernah terlibat dalam bidang kewangan tetapi adalah perlu untuk saya memberikan sedikit pandangan tentang keperluan untuk menguruskan kewangan dengan sebaiknya.walaupun tidak pernah diajar secara formal mengenai pengurusan kewangan,kita haruslah mengawal setiap perbelanjaan dan mengelakkan berbelanja sesuka hati.Sehubungan itu, adalah menjadi kewajipan bagi kita untuk menguruskan kewangan dengan baik walau sedikit manapun jumlah wang yang kita ada.Oleh yang demikian,setia orang perlu belajar bagaimana cara terbaik bagi menguruskan setiap wang yang mereka ada.

Bermula dari alam persekolahan sehingga ke universiti,seterusnya bekerja dan akhirnya bersara,kita sentiasa perlu menguruskan kewangan sama ada mahu ataupun tidak.Sehubungan itu,bagi mereka yang mempunyai jumlah wang yang banyak pasti mereka mempunyai pengurus kewangan sendiri.Hal ini demikian kerana,ia penting bagi memastikansetiap sen disalurkan dengan betul dalam setiap perbelanjaan.Namun bagi orang biasa atau dalam erti kata lainnya bagi semua yang merasakan diri mereka tidak kaya,bagaimana pula cara yang harus mereka gunakan bagi memastikan kewangan mereka berada dalam keadaan baik.Walaupun terdapat pelbagai buku berkenaan cara-cara pengurusan kewangan di pasaran sama ada dalam bahasa melayu atau pun bahasa inggeris yang memberikan kaedah terkini mengenai pengurusan kewangan, permasalahan ini masih tetap membelenggu masyarakat.Hal ini demikian kerana,cara-cara tersebut adakalanya terlalu sukar untuk direalisasikan .Sehubungan itu,perkara yang digarapkan tentu mustahil untuk menjadi kenyataan.

Oleh hal yang demikian,dibawah terdapat beberapa cara bagi membantu kita untuk menjadi seorang pengurua kewangan yang baik untuk diri sendiri mahupun keluarga.Kaedah yang boleh digunakan ialah :
1)Membuat simpanan- Anda perlu membuat simpanan bagi menjamin masa hadapan.Sehubungan itu,cara terbaik bagi membantu anda menabung ialah dengan menyimpan terlebih dahulu sebahagian daripada wang yang anda perolehi sekurang-kurangnya sepuluh peratus daripada gaji,biasiswa,ptptn atau lain-lain pendapatan.

"sediakan payung sebelum hujan"

2)Berbelanja secara tunai-Sentiasa menggunakan tunai bagi setiap perbelanjaan oleh itu,penggunaan kad kredit haruslah dielakkan kecuali bagi urusan pembelian yang besar seperti rumah atau kereta.jika anda tidak mampu untuk membayar secara tunai itu bermaksud anda masih lagi tidak mampu untuk memiliki barang tersebut.Justeru,setiap perbelanjaan haruslah dibuat dengan baik.

3)Berhati-hati dengan penggunaan kad-kad kredit adalah satu keperluan kepada mereka yang banyak tugasan luar atau perlu membawa wang tunai yang banyak dikuatiri tidak selamat jika membawanya.Di samping itu,bagi golongan yang berstatus biasa anda perlu berfikir samaada wajar atau tidak anda mengunakannya.jika memerlukan penggunaan kad kredit anda perlu mendapatkan kad kredit yang mempunyai yuran tahunan,boleh dibiayai melalui internet,setiap transaksi di bayar secara bulanan dan berbelanja jika mampu untuk membuat bayaran apabila bilnya tiba.

4) Membuat perancangan yang teliti terlebih dahulu bagi memudahkan mencapai matlamat kewangan anda.Oleh yang demikian,bayaran insuran,bajet perkahwinan,percutian bulan madu dan seumpamanya harus di rancang terlebih dahulu.Jika insuran kereta perlu di bayar sebanyak seribu dua ratus ringgat setahun maka anda perlu mengumpul seratus ringgit sebulan untuk membuat bayaran dengan mudah.

5)Berbelanja dengan berhemah-Setiap pembelian yang dibuat harus dikawal bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran.Seandainya dengan memasak sendiri dirumah dapat menjimatkan perbelanjaan bulanan anda,mengapa perlu membazirkan wang dengan makan diluar setip hari.Selain itu,anda perlu mengelakkan tabiat suka membeli barangan berjenama meskipun pengunaan barangan berjenama menjadi satu ikutan pada masa ini,perlu diingatkan bahawa ia cuma membawa kepada pembaziran.Jika wang tersebut boleh digunakan untuk keperluan lain yang lebih penting,mengapa ia dibazirkan begitu sahaja.

"Ukur baju di badan sendiri"








PUNCA ANDA BERLEBIHAN DALAM BERBELANJA.

-Sesetengah orang berpendapat bahawa mereka amat berpuas hati apabila dapat berbelanja,tetapi harus diingat anda mestilah berbelanja mengikut kemampuan dan jangan mengamalkan sikap boros kerana ia akan menyusahkan anda dikemudian hari.Antara beberapa sebab mengapa anda sering berlebihan dalam soal berbelanja ialah:
(1).Beranggapan bahawa duit sendiri,kamu berhak.
-Sentiasa berfikir alangkah bagusnya jika anda dapat puaskan diri dengan berbelanja besar setelah penat bekerja ataupun ketika mendapat duit belanja.Memikirkan bahawa keinginan diri sendiri perlu diutamakan.Oleh hal yang demikian,anda akan menurut nafsu untuk membeli pelbagai barangan dengan mengikut kemahuan dan bukannya keperluan.Meskipun cara yang paling baik untuk berjimat ialah berbelanja ketika jualan murah tetapi bayangkan sekiranya ketika jualan murah berlansung anda membeli luar dari kebiasaan.
(2).Berbelanja bagi menhilangkan perasaan sedih dan kecewa.
-Bagi merawat kesedihan dan kekecewaan,ramai diantara kita berbelanja kononnya bagi untuk memujuk diri.Walaupun beg tangan,kasut,wangian dan perhiasan merupakan teman baik para wanita tetapi berbelanja bukan cara yang sesuai untuk merawat hati yang terluka.Tanpa disedari anda pasti mendapat masalah lain yang hanya akan membuat anda lebih terluka kerana menanggung beban hutang yang banyak.Oleh yang demikian,kongsi perasaan sedih dan kecewa itu bersama dengan keluarga ataupun teman rapat.Selain itu,banyak lagi yang boleh anda lakukan ketika sedih dan bukannya berbelanja.
(3).Pengaruh jualan murah.
-Ayat seperti "beli satu percuma satu,jualan penghabisan stok,potongan sehingga tujuh puluh peratus dan siapa cepat dia dapat",merupakan ayat keramat yang boleh mempengaruhi setiap orang untuk berbelanja.Walau pun,salah satu cara untuk berjimat ialah dengan membeli ketika jualan murah tetapi jumlah pembelian yang banyak akan menyebabkan pembaziran.Harga yang rendah akan menyebabkan anda berperang dengan fikiran untuk berbelanja dengan banyak tanpa memikirkan kesannya keatas diri anda kelak.Sehubungan itu,ketahuilah bahawa Malaysia sememangnya terkenal dengan jualan murah.Oleh yang demikian,jangan risau sekiranya anda terlepas jualan murah tersebut.

Kesimpulannya,motivasi perancangan kewangan sangat penting bagi mengawal kadar perbelanjaan anda bagi setiap aliran perbelanjaan.Perancangan yang teliti akan membantu anda untuk mencapai matlamat kewangan dalam masa yang singkat.Oleh hal yang demikian,mustahil anda boleh menukar hidup anda sekarang jika anda terus bertindak dengan cara yang sama tanpa melakukan sesuatu untuk diri anda.




Disediakan oleh: Siti Nur Asmira Binti Rosli.(205923).

No comments:

Post a Comment